Thursday, 22 December 2016

Hibah Takaful, Benarkah Ianya Boleh Dilaksanakan?


Hibah Takaful, Benarkah Ianya Boleh Dilaksanakan?

Sejak kebelakangan ini, ramai Muslim telah sedar akan kepentingan perancangan kewangan, bukan sahaja untuk jadikan kita mempunyai kehidupan yang selesa sewaktu sihat, malah juga selepas bersara serta sekiranya ditakdir meninggalkan dunia ini dengan anak-anak yang masih kecil. Konsep HIBAH semakin popular di kalangan orang Islam untuk memastikan kelangsungan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak sepeninggalan ayah tercinta.
Kita amat bertuah kerana semakin banyak perkongsian tentang konsep hibah bukan saja dari segi praktikal, malah dari segi akademik dan juga pelaksanaan undang-undang. Dalam entri ini, saya ingin kongsikan beberapa extract dari hasil kajian Tuan Mohd Khairy Kamarudin & Suhaili Alma’amun Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, tajuk IMPLIKASI AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 KE ATAS INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA PENAMAAN DAN HIBAH MANFAAT TAKAFUL.
                                            
Manfaat Kematian Takaful, boleh dibahagikan melalui dua kaedah, iaitu Kaedah pertama adalah melantik seorang atau beberapa penama sebagai wasi atau pemegang amanah dan perlu mengagihkan manfaat tersebut kepada waris-waris yang lain. Kaedah kedua pula adalah mengagihkan manfaat tersebut kepada seorang atau beberapa penama sebagai penerima hibah.
Pada 2007, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Resolusi Bank Negara Malaysia di mana resolusi tersebut membenarkan manfaat Takaful dihibahkan kepada penama sebagai benefisiati tunggal. Resolusi tersebut adalah seperti berikut (Bank Negara Malaysia, 2007):
  1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan Shariah.
  2. Status hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu. Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa.
  3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (Al-Qabd).
  4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang dan
  5. Borang penamaan Takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.
 HIBAH TAKAFUL ADALAH HIBAH BERSYARAT
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013  Manakala, bagi penama yang menjadi benefisiari di bawah hibah bersyarat, merujuk kepada Perenggan 3(2), Jadual 10, manfaat tersebut akan menjadi milik penerima hibah, tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan manfaat tersebut tidak tertakluk kepada hutang si mati. Manfaat Takaful ini tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan tidak tertakluk kepada hutangnya kerana manfaat tersebut telah diberi oleh peserta Takaful kepada penerima hibah semasa hayat peserta Takaful.
Apakah kesan dari Klaus Perenggan 3 (2) ini? Kesannya adalah Pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan. Antara kelebihan dalam pemberian manfaat takaful ialah manfaat ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, keseluruhannya kajian ini mendapati akta ini memberikan pengiktirafan kontrak hibah bersyarat yang tidak disepakati. Hal ini disebabkan keperluan pada masa kini yang memerlukan inovasi kontrak-kontrak muamalat supaya dapat memenuhi keperluan umat Islam serta melindungi kebajikan waris-waris.
Merujuk Perenggan 4(1), apabila berlaku kematian penama, permohonan melalui notis secara bertulis oleh peserta Takaful kepada pengendali Takaful dan melalui sebarang penamaan yang terkemudian, maka penamaan tersebut adalah terbatal. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesulitan dalam proses untuk menuntut manfaat Takaful apabila kematian peserta Takaful, maka peserta Takaful perlu menamakan individu yang baru. Namun begitu, keunikan di dalam hibah bersyarat, apabila berlaku kematian penerima hibah, merujuk kepada Perenggan 4(3), manfaat Takaful tersebut tidak menjadi pusaka kepada penerima hibah dan pemberian hibah tersebut terbatal. Berbeza dengan hibah mutlak, jika penerima hibah meninggal dunia, maka harta yang dihibahkan akan menjadi pusaka penerima hibah dan perlu diagihkan kepada wariswaris penerima hibah.
HIBAH SATU KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK
Dewasa ini, setiap keluarga perlu cipta satu Dana HIBAH untuk keluarga tersayang, terutamanya seorang ayah yang mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Seorang Isteri perlu pastikan suami tersayang yang juga ayah kepada anak-anak mempunyai dana HIBAH ini yang dinamakan ISTERI sebagai penerima Hibah. Anda ingin cipta dana HIBAH dan perlukan info lanjut? Boleh hubungi saya MOHD ROFIE BIN YUNUS di talian 013-388 5775 sekarang.
MOHD ROFIE BIN YUNUS

Hutang oh Hutang…


Assalamualaikum..
Tak sangka saya, rupa-rupanya berhutang pun ada tren. terbaru Trend masyarakat masa kini.. Berhutang untuk kos perubatan..
Laporan penuhnya..
  • Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
  • Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.
  • Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.
  • Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.
sumber: Utusan Malaysia, 20 September
Anda seorang yang cerdik pandai pasti tahu jalan penyelesaiannya.. Tak guna hanya tahu TETAPI tidak mengambil sebarang tindakan.
Dapat sekarang Kad Perubatan Pakar beserta simpanan serendah RM4.00 sehari
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:-
Mohd Rofie Bin Yunus
PrudentialBsnTakaful
013-388 5775

Beli insurans sejak kecil


APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.
Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?
Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.
Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?
Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.
Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?
Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.
Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.
Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?
Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.
sumber

Wednesday, 21 December 2016

Kesihatan atau kereta BARU

Sharing drpd seorg rakan ejen:
Aku dpt sms tgh mlm td dr adik client aku yg polisi dia dah lapsed..client aku tu tgh tenat kat ICU..br pindah dr KPJ Sel ke HKL..adik dia nak byrkan outstanding amount utk inforce kan blk policy abg dia but its too late!…kesian..yg plg sedih, dia stop Takaful sebab beli kete baru..x mampu nak byr Takaful….
Moral of the story :
1. Yang dah ada polisi takaful tu, make sure still inforce dan jangan jadikan ianya adalah benda pertama anda korbankan bila mengalami kesulitan…
2. Yang tak de lagi takaful tu, cepat2 lah sign up sebab takaful ni bukan macam Panadol, nak pakai baru gi cari…
So fikir dan renung-renungkanlah
Untuk Keterangan Lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi
Mohd Rofie Bin Yunus
PrudentialBsn Takaful
013-388 5775

Anda masih muda tak perlukan takaful???

Assalamualikum..
Hari ni saya nak kongsikan artikal knp perlu n pentingnya anda memiliki takaful tak kisahla dari company mana sekalipun. Daripada pengalaman saya banyak insan di luar sana masih tidah menyedari pentingnya takaful ini.
Bagi mereka.. belum masanya untuk mereka mengambil manfaat ini.. masa mudala katakan..
Ni contohDah menjadi lumrah yang kita ni bila dah sakit barulah terhegeh2 nak cari takaful..
Masa tu tak kisah sumbangan berapa pun sanggup dia keluarkan asalkan dia boleh memiliki takaful.. Sayang sekali dah terlambat..
Mohd Rofie Bin Yunus 
013 388 5775

KHAS UNTUK SUAMI DAN AYAH DI LUAR SANA!!!

Assalamualaikum.
Andakah anda telah mempunyai manfaat Perlindungan Asas Takaful yang mencukupi? Sebelum itu, tahukah anda apa itu Perlindungan Asas Takaful (Basic Sum Coverage)? Perlindungan Asas juga lebih kenali dengan nama Perlindungan Nyawa (Life Coverage). Perlu diingatkan, Perlindungan Asas bukanlah untuk perlindungan nyawa kita, sebab nyawa kita tidak ternilai untuk dinilaikan. Tetapi diri sesorang itu dinilaikan dengan berapa pendapatan/gaji yang diperolehi setiap bulan. Sebab dari pendapatan atau gaji tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga tercinta.
atm01
Sebagai contoh, seorang ayah atau suami yang pergi kerja, bila cukup bulan balik akan membawa balik gaji/pendapatan untuk keperluan keluarga. Pendapat tersebut akan digunakan untuk membayar rumah, kereta, perbelanjaan persekolahan anak, makanan dan sebagainya.Katakan ayah atau suami tadi pergi kerja terus dan tak balik-balik adakah gaji masih boleh diperolehi untuk kegunan keluarga?
Oleh itu, Perlindungan Asas Takaful AMAT penting bagi memastikan keluarga tersayang terus kekal menerima gaji atau wang perbelanjaan tersebut walaupun suami atau ayah pergi kerja tak balik-balik.
Nilai optima bagi sesuatu Perlindungan Asas bagi seorang ketua keluarga adalah 10 TAHUN gajinya. Sebagai contoh, seorang yang gajinya RM2900 sebulan, sepatutnya mempunyai nilai Perlindungan Asas RM350,000 (RM2900 x 12 bulan x 10 tahun). Seandainya, kita tidak mampu untuk menyediakan perlindungan untuk 10 tahun , kita boleh membuat perlindungan untuk 5 tahun dahulu. Atau pun seteruk-teruknya untuk perlindungan setahun.
Saya berharap coretan ini dapat membantu anda di luar sana untuk membuat perancangan sewajarnya demi kesejahteraan keluarga yang terpaksa ditinggalkan.

Mohd Rofie Yunus
PrudentialBsnTakaful
013-388 5775

Sunday, 26 June 2016

Aku sebagai agent prudential bsn takaful

   Agent bukan lah yang menentukan claim approved atau tidak , agent hanya akan membantu selagi yang boleh untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar...

    Anak seorang client saya baru je lepas buat pembedahan tulang belakang sebab 
doctor cakap sakit spinal deformity (scoliosis) kena buat cepat.sebelum terlambat....bill utk pembedahan ini kos ye RM 60,000 client menggunakan insurans company yg hanya boleh guna maksimum Rm 30,000 sahaja dan balance kena byr sendiri.habis duit simpanan,tabung haji,asb untuk pembedahan tersebut. Ibu bapa mana yang tidak sayangkn anak kata ye.....
     
     

#andaadainsuranscompany
#adasimpanan
#tidakadainsurans
#ilovmyjob

MOHD ROFIE BIN YUNUS
013.388.5775.


Alhamdulillah Claim approve cheque reimbursement claim (bayar dulu)...saya sebagai agent insyallah akan membantu selagi mampu....


penyerahan cek...senyum....


Wednesday, 22 June 2016

MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFUL

" MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFUL !!! "
---------------------------------------
---------------------------------------
Ramai yang bila tak jadi ambil Takaful, mereka minta maaf dengan saya...
Jangan minta maaf dengan saya...
Tapi,
Minta maaf dengan diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga...
Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI tinggalkan wang untuk menyara hidup mereka bila saya di panggil mengadap Ilahi...
Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI sediakan wang untuk menyara keluarga bila saya diuji lumpuh, cacat kekal @ mengidap penyakit kritikal, kemalangan dan tiada sumber pendapatan lagi...
Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI sediakan dana perubatan, bila perlu bayar bil hospital puluhan ribu...
datang saat itu, masih mahu minta maaf dengan ejen macam saya?...
Sekiranya tak mahu mintak maaf dengan keluarga sendiri, hubungi saya untuk temujanji segera...
PM saya..
Kos ambil tahu percuma...




Tuesday, 21 June 2016

SEKADAR PESANAN KEPADA SUAMI,BAKAL SUAMI & LELAKI YANG MEMPUNYAI KELUARGA

Kepada para suami, apakah yg anda tinggalkan kepada Isteri dan anak2 jika suatu hari anda sudah tiada di dunia ini.Adakah anda sudah memiliki Plan Takaful yg akan mengganti pendapatan anda dan menyelesaikan semua hutang jika anda Terkena sakit kritikal, Hilang Upaya atau Meninggal Dunia?
Hubungi saya utk Rundingan utk saya menetapkan Plan yg sesuai utk anda.

Mohd Rofie Yunus 
 013 388.5775





Monday, 20 June 2016

TAHUKAH ANDA,KITA,KAMU DAN SEMUA YE.....

Tahukah anda?


 Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusan faraid di Malaysia paling cepat untuk diproses akan mengambil masa 18 bulan.

Tahukah anda?

 Seorang isteri hanya berhak mendapat 1/8 daripada harta bersih suami. Sekiranya anda tinggalkan RM1 juta, isteri hanya layak mendapat RM125,000.

Tahukah anda?

Untuk anda menuntut harta si mati, anda memerlukan modal yang sangat tinggi. Caj guaman untuk harta yang melebihi RM900,000 sahaja sudah RM16,000 lebih. Jangan lupa harta si mati perlu dinilai, sekiranya nilai harta Rm225,000, caj pengurusan adalah RM7,000. Semuanya duit.

Tahukah anda?

Bahawa sebaik sahaja si mati meninggal, SEMUA akaun bank akan dibekukan. KWSP, ASB, dan semua jenis perbankan akan dibekukan sehinggalah selesainya urusan faraid.

Tahukah anda?

Sebanyak RM 66.6 billion harta beku yang belum dituntut oleh umat Islam di Malaysia?

Tahukah anda?

Bahawa di dalam Takaful, adanya kaedah HIBAH, iaitu hadiah yang diniatkan oleh si mati sebelum meninggal untuk dilitinggalkan kepada mereka yang disayangi. Dan tahukah anda, proses claim dalam Takaful hanya mengambil masa 2 minggu sahaja dan cheque akan diserahkan kepada pewaris. Tinggalkan sebanyak mungkin DUIT CAIR kepada orang yang anda sayang. Selepas ketiadaan anda, mereka perlukan DUIT untuk teruskan hidup....

Nak tahu call/msg sy

MOHD ROFIE YUNUS
0133885775

Monday, 13 June 2016

PELIK TAPI BENAR

Sebab tu suka present kalau boleh ade suami & isteri .
 so si isteri tahu apa komitment suami then sama jugak si suami tahu apa komitment isteri ..
bila kedua dua mempunyai kesedaran "Mengapa ini semua perlu ??" mereka akan mula faham !
Bila dua- dua sependapat insyaAllah tak de lagi jawapan " saya balik dulu la eh fikir "
sebab masing masing tahu keperluan masing masing ! termasuk lah dari segi tanggungjawab 💪🏻
sediakan payung sebelum hujan !!
013 388 5775
mohd rofie yunus

Thursday, 26 May 2016

TAHUKAH ANDA RAWATAN DIALISIS

TAHUKAH ANDA RAWATAN DIALISIS

Tahukan anda, bagi pesakit buah pinggang yang dah teruk, mereka perlu menjalani rawatan dialisis atau cuci buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu.
Dan tahukan anda, kos dialis buah pinggang adalah RM 280 sekali cuci .
Kadang bila terbaca rintihan dan keluhan keluarga pesakit buah pingggang (dalam surat khabar, blog), rasa terkesan dan insaf lahir dalam diri. Cuba bayangkan..kalau ..
Sekali cuci RM 280.
Seminggu dah RM 840.
Sebulan RM 3,360 .
Setahun kos mencecah RM40,320😔😔😔😔😔😔.
Merujuk kepada keratan Akbar Sinar tentang rayuan seorang Isteri untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan buah pinggang suaminya. Menurut si isteri, suaminya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana klinik dan hospital kerajaan dah penuh untuk buat dialisis. Pendapatan si isteri hanya sekitar RM800 sebulan.
Cubalah saudara bayangkan!! “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”
Sebab itu, saya menyeru kepada anda diluar sana, ambillah Kad perubatan melalui skim takaful. Peruntukan sekitar RM200 sebulan atau RM2400 setahun, ianya sangat kecil berbanding anda terpaksa membayar RM2400 sebulan.
Agent fulltime
Mohd rofie yunus
013 388 5775
‪#‎jomjoinprudential‬
‪#‎agentdperlukan‬.

KETIKA KITA SIHAT

KETIKA KITA SIHAT

Alhamdulilah
Saya dah ada Takaful
Anda bagaimana ?
Kalau belum saya boleh bantu
Pm saya ye
013 388 5775

SIAPA YANG BOLEH MOHON TAKAFUL

SIAPA YANG BOLEH MOHON TAKAFUL

Kalau suami liat tak nak ambil takaful, isteri boleh daftar takaful untuk suami.
Jika apa-apa terjadi pada suami seperti kematian atau suami ditimpa hilang upaya kekal, maka isteri akan terima bayaran takaful untuk teruskan kehidupan.
Jika ada takaful medical card boleh juga tanggung bil hospital yg ribu-ribu tu.. jika ditimpa sakit.. takde la terpaksa guna duit sendiri kann..
Hanya mereka ini dibolehkan untuk mohon takaful bagi pihak orang lain di atas DASAR KEPENTINGAN BOLEH LINDUNG:
1. Suami daftar untuk isteri🌟
2. Isteri daftar untuk suami🌟
3. Ibu bapa daftar untuk anak di bawah 18 tahun🌟
4. Majikan daftar untuk pekerja🌟
Dan selain daripada 4 di atas, permohonan akan DITOLAK.
Boyfriend TAK BOLEH daftar untuk girlfriend.
Anak TAK BOLEH daftar untuk ibu bapa..
Apapun yang penting mestilah masih SIHAT lagi yee...
Jadi sementara sihat lagi ni...
Mohonlah takaful...
Sama-samalah kita celik~didik~dan milik
TAKAFUL..
Call/pm/whatsapp 
013 388 5775

Wednesday, 25 May 2016

5 SEBAB ANDA PERLU MEDICAL CARD WALAUPUN ADA AKAUN 2 KWSP.

5 SEBAB ANDA PERLU MEDICAL CARD WALAUPUN ADA AKAUN 2 KWSP.

Tanpa Medical Card...Anda boleh guna Akaun 2 KWSP.

KWSP benarkan pengeluaran untuk rawatan dan perubatan samada untuk diri dan keluarga
(termasuk ibu, bapa dan adik beradik).

Tetapi membayar kos rawatan dan perubatan dengan menggunakan
 Akaun 2 KWSP ada beberapa kelemahan antara nya:-
1. Deposit Kemasukan Hospital.

>>>Surat Pengesahan Caruman Tidak Menjamin Bayaran.

KWSP dapat mengeluarkan Surat Pengesahan berkenaan Amaun Caruman anda di KWSP.
 Tetapi, surat ini hanyalah sekadar pengesahan sahaja kepada pihak hospital.
 Ia tidak memberi jaminan KWSP akan meluluskan pengeluaran anda.

>>>Tunai atau Kad Kredit?
Oleh kerana KWSP tidak menjamin pembayaran, anda terpaksa membayar sejumlah
 deposit yang mungkin mencecah hingga 70% kos rawatan*.
 Tanpa Medical Card pilihan yang ada untuk anda ialah tunai atau kredit kad .
Dua (2) persoalan penting untuk anda.
Soalan 1: Adakah simpanan tunai anda mencukupi?
Soalan 2: Adakah baki kredit yang boleh digunakan mencukupi?
* Deposit bergantung jenis rawatan. Caj ini seperti dinyatakan
 sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.









2. Terhad pada 11 penyakit kritikal sahaja.
Anda hilang kelayakan pengeluaran jika penyakit anda bukan salah satu dari 11 penyakit kritikal
 yang disenaraikan oleh KWSP.

*Senarai 11 penyakit kritikal yang diluluskan mohon

 rujuk website KWSP di 

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/177735/Risalah_Kesihatan_Nov_2014.pdf.


3. Baki Akaun 2 KWSP mungkin tidak cukup.

Dianggarkan purata baki Simpanan Akaun 2 rakyat Malaysia yang

 berumur antara 26 – 40 tahun hanya RM 15,800 sahaja. Jumlah ini

 adalah kecil untuk menampung kos merawat penyakit kritikal.

KWSP benarkan anda dan ahli keluarga berkongsi kos dengan mengeluarkan

 wang dari Akaun 2 mereka. Walau kelonggaran telah diberikan KWSP, 

anda mungkin susah mendapat persetujuan ahli keluarga kerana ini

 menyentuh wang persaraan mereka.

Anda mungkin ingin lihat Artikel kami yang bertajuk ” 2 Cara Kanser Boleh

 Jadikan Anda Miskin “. Walau artikel ini fokus kepada kesan Boleh Jadikan Anda Miskin “. 

Walau artikel ini fokus kepada kesan penyakit memberi kesan kepada wang sara hidup anda dan keluarga.


                      RM 15,800

Purata Baki Simpanan Akaun 2 Rakyat Malaysia berumur 26 – 40 tahun.
                     (Data Laporan Tahunan KWSP 2014)

4. Bayar dulu, tuntut kemudian.

>>>Proses bermula apabila bil dikeluarkan.

Pihak hospital akan hanya dapat keluarkan bil sebenar atau Final Bil setelah rawatan selesai. 

Pada waktu itu, anda akan diminta untuk membawa pulang ahli keluarga anda.

Sedangkan proses pengeluaran Akaun 2 KWSP anda baru saja bermula kerana

 salah satu dokumen pra-syarat ialah Final Bil (hantar Final Bil dan dokumen 

lain ke KWSP; kemudian KWSP teliti kesahihan dokumen-dokumen dan mendapatkan 

kelulusan sebelum pengeluaran dibuat).

Dalam situasi ini anda terpaksa bayar dulu bil hospital dan mengharapkan KWSP akan luluskan permohonan pengeluaran Akaun 2 anda.

>>>Proses pengeluaran Akaun 2 Tertangguh lama

Setakat ini kita andaikan pengeluaran KWSP anda ialah untuk ahli keluarga anda.

 Bagaimana jika anda yang sakit dan keluarga bergantung kepada wang KWSP anda? 

Proses pengeluaran akan jadi sukar.

5. KWSP ialah tabung persaraan anda.

Objektif utama menabung di KWSP ialah supaya anda akan mempunyai wang yang

 cukup apabila bersara kelak. Kita dijangkakan akan hidup sehingga umur 75 tahun. 

Ramai di antara kita akan berhenti kerja apabila jejak 55 tahun bermaksud wang KWSP

 mesti mampu sara hidup kita selama 20 tahun.

Anda perlu pertimbangkan untuk elak guna wang KWSP anda dengan perolehi Medical Card atau Plan Medical dari syarikat takaful pilihan anda.

Ingin dapatkan penerangan lebih lanjut berkaitan Insuran dan Medical Card boleh hubungi saya SMS/WhatsApp ke 013 388 5775.