Thursday, 22 December 2016

Hibah Takaful, Benarkah Ianya Boleh Dilaksanakan?


Hibah Takaful, Benarkah Ianya Boleh Dilaksanakan?

Sejak kebelakangan ini, ramai Muslim telah sedar akan kepentingan perancangan kewangan, bukan sahaja untuk jadikan kita mempunyai kehidupan yang selesa sewaktu sihat, malah juga selepas bersara serta sekiranya ditakdir meninggalkan dunia ini dengan anak-anak yang masih kecil. Konsep HIBAH semakin popular di kalangan orang Islam untuk memastikan kelangsungan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak sepeninggalan ayah tercinta.
Kita amat bertuah kerana semakin banyak perkongsian tentang konsep hibah bukan saja dari segi praktikal, malah dari segi akademik dan juga pelaksanaan undang-undang. Dalam entri ini, saya ingin kongsikan beberapa extract dari hasil kajian Tuan Mohd Khairy Kamarudin & Suhaili Alma’amun Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, tajuk IMPLIKASI AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 KE ATAS INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA PENAMAAN DAN HIBAH MANFAAT TAKAFUL.
                                            
Manfaat Kematian Takaful, boleh dibahagikan melalui dua kaedah, iaitu Kaedah pertama adalah melantik seorang atau beberapa penama sebagai wasi atau pemegang amanah dan perlu mengagihkan manfaat tersebut kepada waris-waris yang lain. Kaedah kedua pula adalah mengagihkan manfaat tersebut kepada seorang atau beberapa penama sebagai penerima hibah.
Pada 2007, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Resolusi Bank Negara Malaysia di mana resolusi tersebut membenarkan manfaat Takaful dihibahkan kepada penama sebagai benefisiati tunggal. Resolusi tersebut adalah seperti berikut (Bank Negara Malaysia, 2007):
  1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan Shariah.
  2. Status hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu. Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa.
  3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (Al-Qabd).
  4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang dan
  5. Borang penamaan Takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.
 HIBAH TAKAFUL ADALAH HIBAH BERSYARAT
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013  Manakala, bagi penama yang menjadi benefisiari di bawah hibah bersyarat, merujuk kepada Perenggan 3(2), Jadual 10, manfaat tersebut akan menjadi milik penerima hibah, tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan manfaat tersebut tidak tertakluk kepada hutang si mati. Manfaat Takaful ini tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan tidak tertakluk kepada hutangnya kerana manfaat tersebut telah diberi oleh peserta Takaful kepada penerima hibah semasa hayat peserta Takaful.
Apakah kesan dari Klaus Perenggan 3 (2) ini? Kesannya adalah Pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan. Antara kelebihan dalam pemberian manfaat takaful ialah manfaat ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, keseluruhannya kajian ini mendapati akta ini memberikan pengiktirafan kontrak hibah bersyarat yang tidak disepakati. Hal ini disebabkan keperluan pada masa kini yang memerlukan inovasi kontrak-kontrak muamalat supaya dapat memenuhi keperluan umat Islam serta melindungi kebajikan waris-waris.
Merujuk Perenggan 4(1), apabila berlaku kematian penama, permohonan melalui notis secara bertulis oleh peserta Takaful kepada pengendali Takaful dan melalui sebarang penamaan yang terkemudian, maka penamaan tersebut adalah terbatal. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesulitan dalam proses untuk menuntut manfaat Takaful apabila kematian peserta Takaful, maka peserta Takaful perlu menamakan individu yang baru. Namun begitu, keunikan di dalam hibah bersyarat, apabila berlaku kematian penerima hibah, merujuk kepada Perenggan 4(3), manfaat Takaful tersebut tidak menjadi pusaka kepada penerima hibah dan pemberian hibah tersebut terbatal. Berbeza dengan hibah mutlak, jika penerima hibah meninggal dunia, maka harta yang dihibahkan akan menjadi pusaka penerima hibah dan perlu diagihkan kepada wariswaris penerima hibah.
HIBAH SATU KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK
Dewasa ini, setiap keluarga perlu cipta satu Dana HIBAH untuk keluarga tersayang, terutamanya seorang ayah yang mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Seorang Isteri perlu pastikan suami tersayang yang juga ayah kepada anak-anak mempunyai dana HIBAH ini yang dinamakan ISTERI sebagai penerima Hibah. Anda ingin cipta dana HIBAH dan perlukan info lanjut? Boleh hubungi saya MOHD ROFIE BIN YUNUS di talian 013-388 5775 sekarang.
MOHD ROFIE BIN YUNUS

Hutang oh Hutang…


Assalamualaikum..
Tak sangka saya, rupa-rupanya berhutang pun ada tren. terbaru Trend masyarakat masa kini.. Berhutang untuk kos perubatan..
Laporan penuhnya..
  • Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
  • Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.
  • Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.
  • Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.
sumber: Utusan Malaysia, 20 September
Anda seorang yang cerdik pandai pasti tahu jalan penyelesaiannya.. Tak guna hanya tahu TETAPI tidak mengambil sebarang tindakan.
Dapat sekarang Kad Perubatan Pakar beserta simpanan serendah RM4.00 sehari
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:-
Mohd Rofie Bin Yunus
PrudentialBsnTakaful
013-388 5775

Beli insurans sejak kecil


APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.
Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?
Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.
Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?
Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.
Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?
Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.
Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.
Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?
Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.
sumber

Wednesday, 21 December 2016

Kesihatan atau kereta BARU

Sharing drpd seorg rakan ejen:
Aku dpt sms tgh mlm td dr adik client aku yg polisi dia dah lapsed..client aku tu tgh tenat kat ICU..br pindah dr KPJ Sel ke HKL..adik dia nak byrkan outstanding amount utk inforce kan blk policy abg dia but its too late!…kesian..yg plg sedih, dia stop Takaful sebab beli kete baru..x mampu nak byr Takaful….
Moral of the story :
1. Yang dah ada polisi takaful tu, make sure still inforce dan jangan jadikan ianya adalah benda pertama anda korbankan bila mengalami kesulitan…
2. Yang tak de lagi takaful tu, cepat2 lah sign up sebab takaful ni bukan macam Panadol, nak pakai baru gi cari…
So fikir dan renung-renungkanlah
Untuk Keterangan Lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi
Mohd Rofie Bin Yunus
PrudentialBsn Takaful
013-388 5775

Anda masih muda tak perlukan takaful???

Assalamualikum..
Hari ni saya nak kongsikan artikal knp perlu n pentingnya anda memiliki takaful tak kisahla dari company mana sekalipun. Daripada pengalaman saya banyak insan di luar sana masih tidah menyedari pentingnya takaful ini.
Bagi mereka.. belum masanya untuk mereka mengambil manfaat ini.. masa mudala katakan..
Ni contohDah menjadi lumrah yang kita ni bila dah sakit barulah terhegeh2 nak cari takaful..
Masa tu tak kisah sumbangan berapa pun sanggup dia keluarkan asalkan dia boleh memiliki takaful.. Sayang sekali dah terlambat..
Mohd Rofie Bin Yunus 
013 388 5775

KHAS UNTUK SUAMI DAN AYAH DI LUAR SANA!!!

Assalamualaikum.
Andakah anda telah mempunyai manfaat Perlindungan Asas Takaful yang mencukupi? Sebelum itu, tahukah anda apa itu Perlindungan Asas Takaful (Basic Sum Coverage)? Perlindungan Asas juga lebih kenali dengan nama Perlindungan Nyawa (Life Coverage). Perlu diingatkan, Perlindungan Asas bukanlah untuk perlindungan nyawa kita, sebab nyawa kita tidak ternilai untuk dinilaikan. Tetapi diri sesorang itu dinilaikan dengan berapa pendapatan/gaji yang diperolehi setiap bulan. Sebab dari pendapatan atau gaji tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga tercinta.
atm01
Sebagai contoh, seorang ayah atau suami yang pergi kerja, bila cukup bulan balik akan membawa balik gaji/pendapatan untuk keperluan keluarga. Pendapat tersebut akan digunakan untuk membayar rumah, kereta, perbelanjaan persekolahan anak, makanan dan sebagainya.Katakan ayah atau suami tadi pergi kerja terus dan tak balik-balik adakah gaji masih boleh diperolehi untuk kegunan keluarga?
Oleh itu, Perlindungan Asas Takaful AMAT penting bagi memastikan keluarga tersayang terus kekal menerima gaji atau wang perbelanjaan tersebut walaupun suami atau ayah pergi kerja tak balik-balik.
Nilai optima bagi sesuatu Perlindungan Asas bagi seorang ketua keluarga adalah 10 TAHUN gajinya. Sebagai contoh, seorang yang gajinya RM2900 sebulan, sepatutnya mempunyai nilai Perlindungan Asas RM350,000 (RM2900 x 12 bulan x 10 tahun). Seandainya, kita tidak mampu untuk menyediakan perlindungan untuk 10 tahun , kita boleh membuat perlindungan untuk 5 tahun dahulu. Atau pun seteruk-teruknya untuk perlindungan setahun.
Saya berharap coretan ini dapat membantu anda di luar sana untuk membuat perancangan sewajarnya demi kesejahteraan keluarga yang terpaksa ditinggalkan.

Mohd Rofie Yunus
PrudentialBsnTakaful
013-388 5775