Hakikat tentang PENAMA (Wasi) vs HIBAH..
Momokan tentang hibah dan aset dibekukan apabila berlaku kematian sering didengari..
Apa maksud aset dibekukan?
Aset dibekukan bermaksud aset tersebut tidak dapat dicairkan atau ditunaikan serta tidak boleh ditukarkan hak milik.
Jika rumah : tidak boleh jual.
Jika kereta : tidak boleh jual, tidak boleh perbaharui cukai jalan dan takaful.
Jika tunai di dalam akaun bank : tidak boleh dikeluarkan.
Ok. Sudah faham.
Cuma ada sedikit salah fakta.
1) Aset tunai yang mempunyai PENAMA
-KWSP
-Tabung Haji
-ASB ( jika belum dihibahkan )
Aset ini betul bila kita beritahu pada masyarakat bahawa aset dibekukan setelah pemilik meninggal dunia.
Cuma aset ini boleh ditunaikan tanpa melalui pihak Amanah Raya atau pentadbir harta pusaka.
Penama boleh mengeluarkan tunai tersebut secara berhubung terus kepada pihak tersebut.
Jika penama TIDAK disertakan atau penama sudah tiada (meninggal) dan tidak diperbaharui.
Waris perlu berhubung melalui Amanah Raya atau Pejabat Tanah/Pusaka kecil
2) Penama adalah pemegang amanah (wasi) BUKAN pemilik mutlak (hibah)
-KWSP
-Tabung Haji
-ASB (jika belum dihibahkan)
-Takaful (jika belum dihibahkan; bukan semua plan takaful ada hibah)
Kebanyakan yang saya jumpa secara 1 on 1 terkejut bila saya mengeluarkan fakta ini.
Lebih-lebih lagi apabila mereka membuat penamaan lebih daripada 1 atas dasar memudahkan pembahagian.
Dalam pengurusan harta pusaka secara islam.
Boleh saya katakan penamaan lebih daripada 1 dengan hajat untuk memudahkan pembahagian harta adalah sia-sia.
Penama hanyalah wakil untuk menerima tunai si mati.
Tanggungjawab penama adalah membayar hutang si mati dan mengagihkan baki harta tersebut kepada semua waris sama ada 'berdasarkan muafakat atau faraid'.
Perlu saya tekankan di sini.
"Penama BUKAN pemilik"
Walaupun cek atau tunai akan melalui akaun penama untuk ditunaikan.
3) Hibah dibuat untuk membayar hutang si mati.
Alamak.
Ini salah jugak ke?
Betul dan juga salah.
Kena faham konsep hibah dulu.
Hibah bermaksud hadiah atau pemberian kasih sayang.
Hibah diberikan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Penerima hibah mempunyai hak mutlak pada harta tersebut.
Jadi segala tindakan penerima hibah terhadap harta tersebut adalah di bawah kawalan penerima hibah.
Maka jika penerima hibah tidak mahu membayar hutang si mati sekalipun tidak menjadi kesalahan.
Tetapi dari segi tanggung jawab sebagai waris.(jika waris penerima hibah)
Waris bertanggung jawab untuk melangsaikan segala hutang piutang si mati.
Kita berbalik semula pada konsep Harta adalah amanah dan tanggung jawab.
Maka pastikan penerima hibah kita untuk diberikan didikan tentang amanah dan tanggung jawab ini.
Renung-renungkan..

LIKE COMMENT SHARE jika bermanfaat

No comments:
Post a Comment