PruBSN Anugerah – Pelan Yang Hebat & Mampu Milik
TERKINI… Terdapat satu produk baru daripada PruBSN Takaful telah dilancarkan iaitu PruBSN Anugerah. Suatu pelan yang menawarkan perlindungan takaful yang mantap kepada para pencarum disamping ianya juga mampu dimiliki orang ramai.
Objektif PruBSN Anugerah adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan pelan perlindungan pertama dengan komitmen yang mampu milik. Terdapat perlbagai keistimewaan yang khusus pada PruBSN Anugerah menjadikan ianya adalah antara pelan terbaik yang penah ditawarkan.
Sudah pasti anda tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal pelan takaful ni. Apa yang menarik sangat dan apa bezanya dengan yang lain? Kita lihat dahulu struktur asas bagi pelan ini sebelum pergi lebih lanjut mengenai perlindungan yang ditawarkan.
Pelan takaful ini terbahagi kepada 3 komponen utama yang menjadi tunjang utama. Ianya adalah perlindungan hayat, sakit kritikal dan kad perubatan. Mari kita lihat satu persatu komponen tersebut.
Komponen 1 : Perlindungan Hayat
Secara am nya perlindungan ini sama seperti yang ditawarkan pada pelan prubsn link series. Yakni coverage sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal kepada pemilik polisi, maka waris akan mendapat sejumlah wang pampasan yang telah ditetapkan.
Cuma perlu saya highlightkan disini, perbezaan yang ketara antara pelan lain dengan PruBSN Anugerah adalah nilai coverage minimum yang ditawarkan adalah serendah RM 10,000. Selain dari itu, tiada perbezaan.
Komponen 2 : Perlindungan Sakit Kritikal
Perlindungan ini juga sama dengan pelan-pelan yang lain. Yakni sekiranya pemilik polisi menghidap penyakit kritikal, sejumlah wang pampasan yang telah ditetapkan akan diberi kepada waris mereka. Bagi yang kurang jelas mengenai sakit kritikal boleh rujuk sini.
Komponen 3 : Kad Perubatan
Jika pada pelan lain, kad perbatan yang ditawarkan adalah PruBSN HealthEnrich+. Namun bagi PruBSN Anugerah, ianya ada kad perubatan yang tersendiri iaitu Medic Protector. Fungsi yang sama tapi pilihan coverage sedikit berbeza. Kita akan ‘go through’ apa coverage dan keistimewaan lain bagi medic protector ini dekat bawah. So teruskan membaca untuk ketahuinya.
Kelebihan PruBSN Anugerah
Kalau tadi kita lihat pada struktur asas pelan ni kelihatan macam lebih kurang sama dengan pelan lain. Namun pada pelan perubatan hospital kali ini memberikan perbezaannya manfaat yang amat memberansangkan bagi peserta takaful. Jadi ‘tang mana yang hebat sangat’ pelan takaful baru ni? Terdapat 5 point utama yang menjadikan PruBSN Anugerah lebih menonjol.
Point 1 : Affordable
Saya letakan point ini adalah yang pertama dan paling penting kerana selalunya bila saya berbual dengan prospek semasa appointment, bajet bayaran bulanan adalah topik yang hangat diperkatakan. Maklumlah ekonomi sekarang ni tak menentu.
Dengan pertambahan kos perbelanjaan harian, kenaikkan harga barang dan lain-lain lagi. Ini membuatkan orang lebih berhati-hati untuk berbelanja. Termasuk lah nak pilih perlindungan takaful pun kena tengok bajet jugak.
Tapi tidak lagi dengan wujudnya PruBSN Anugerah. Suatu pelan takaful yang menawarkan perlindungan yang mantap pada bayaran yang rendah. Yakni anda boleh mula mendapatkan perlindungan asas dengan hanya serendah RM 50 sebulan.
Jadi lepas ni selesai masalah untuk alasan ketiadaan budget. Hanya RM 50 sebulan sahaja amat mustahil dan tak logik masih tidak mampu.
Point 2 : No Lifetime Limit
Bagi yang sudah memiliki mana-mana kad perubatan prubsn, anda pasti kagum pada kad perubatan medic protector ni. Sebagai contoh Medical Card PruBSN HealthEnrich+ Premium limit seumur hidup adalah RM 4 juta. Manakala limit tahunan adalah RM 400,000.
Point 3 : Special Benefit for Muslims
Ini suatu kelebihan PruBSN Anugerah yang khusus pada yang beragama islam sahaja. Sebab ianya berkaitan dengan ibadah haji dan umrah. Bagi para Jemaah yang berhajat untuk menunaikan haji atau umrah akan ambil imunisasi bagi mencegah penyakit sepanjang melakukan ibadah disana.

Imunisasi yang biasa diperlukan adalah menigococcal, influenza dan pneumococcal. Kesemua perbelanjaan untuk imunisasi ini adalah termasuk dalam manfaat pelan ini. Tapi tertakluk kepada terma dan syarat. Ilustrasi manfaat ini adalah seperti gambar dibawah.
Kos imunisasi tersebut adalah menggunakan konsep “pay and claim”. Bermaksud anda bayar dahulu dan ambil resit. Kemudian berikan pada ejen takaful untuk membuat tuntutan.
Ciri-ciri Lain Pada PruBSN Anugerah
Selain daripada apa yang saya nyatakan diatas, terdapat beberapa ciri lain yang menjadi tarikan untuk anda memiliki pelan takaful ini. Ianya menjadikan PruBSN Anugerah adalah antara yang terbaik daripada PruBSN.
Terdapat 3 ciri-ciri yang saya perlu highlight pada kali ini. Saya terangkan kesemua perkara tersebut dibawah:
Government Hospital Benefit

Waiting Period
Seperti juga mana-mana pelan prubsn yang lain, kesemuanya ada waiting period. Jadi tidak terkecuali, PruBSN Anugerah juga ada waiting period. Masih tak tahu apa itu waiting period? Ianya adalah jangka masa bagi manfaat dalam polisi untuk mula boleh digunakan.
Secara ringkasnya, waiting period terbahagi kepada empat elemen utama. Bagi memudahkan untuk anda fahami apakah elemen tersebut dan berapa lama waiting period setiap daripadanya, sila lihat gambar dibawah:

Kesemua waiting period tersebut adalah efektif daripada tarikh polisi anda mula berkuat kuasa. Jadi kena lah tunggu. Sebab tu orang selalu cakap suruh ambil polisi semasa sihat dan tak boleh ambil untuk terus guna. Sebab ada waitng period. Kecuali anda kemalangan. Boleh terus guna manfaat tersebut.
Best tak PruBSN Anugerah?
Setelah membaca keseluruhan artikel ini, saya ingin bertanya pada anda. Apa pendapat anda mengenai PruBSN Anugerah? Terbaek ke sangat baik? Bak kata orang ‘tepuk dada, tanya selera’. Lain orang, lain citarasa, lain juga perlindungan yang diperlukan.
Pendapat peribadi saya, pelan takaful ini adalah yang terbaik buat masa sekarang ini. Sebab apa saya cakap macam tu? Ini adalah berdasarkan faktor ekonomi yang tidak menentu. Kenaikkan harga minyak dan barang-barang. Secara tidak langsung menambahkan stress pada diri kita.
Apabila stress memuncak, maka pelbagai penyakit mula datang. Kita tak jemput pun dia datang juga. Jadi mahu atau tidak, kita perlu ada perlindungan takaful untuk diri kita. Dengan bajet yang serendah RM 50 sebulan, tiada alasan lagi untuk anda tidak memilikinya.
PruBSN Anugerah adalah suatu pelan takaful yang menawarkan perlindungan yang mantap pada harga yang mampu milik. Dapatkan segera bukan sebab stok nak abis. Tapi dapatkan sekarang untuk lindungi diri anda sebelum anda tidak layak untuk mendapatkannya. Takaful hanya boleh dimiliki semasa anda masih sihat sahaja. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment