Tuesday, 7 March 2017

Balu Jurutera Dirundung Malang


Balu Jurutera Dirundung Malang


Siapa sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.
Keperitan bermula selepas empat hari suami Zainurita Haron, 53, meninggal dunia, dia bersama lima anaknya berusia antara tiga sehingga 27 tahun dihalau dari rumah sewa di Kajang, Selangor. Zainurita berkata, lima anaknya sudah tamat sekolah, tetapi dua anak angkat yang dibela sejak kecil berusia lima dan 14 tahun masih belajar.
“Suami pergi mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka. “Semua permohonan bantuan saya ditolak kerana kami dianggap keluarga berada. Ramai tidak percaya keadaan kami, malah ada yang menuduh saya menipu kerana pendapatan suami ketika dia meninggal melebihi RM15,000,” katanya ketika menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH N9) di rumah sewanya di Fasa 1, Bandar Springhill, di sini, semalam.
Katanya, walaupun arwah suami bergaji besar sebagai jurutera cari gali minyak di dua syarikat swasta, dia perlu membayar hutang bagi membebaskan dirinya daripada muflis.
“Sebaik hutang selesai, dia menghadap Ilahi ketika bertugas di pelantar minyak. Apa yang memeranjatkan, majikan suami hanya menyerahkan RM2,000 sebagai kos pengurusan jenazah tanpa sebarang pampasan.
“Saya diberitahu, majikan tidak dapat bantu walaupun suami meninggal ketika bertugas. Rumah kami duduk ini rumah keempat sejak setahun lalu dan pemiliknya memberikan notis untuk kami mengosongkan dalam tempoh seminggu.
“Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun berjimat,” katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan.
Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu, mata pencariannya terputus.
MOHD ROFIE YUNUS
013 388 5775

Tuesday, 28 February 2017

SUDAHKAH ANDA MEMBUAT HIBAH UNTUK KELUARGA


TAHUKAH ANDA???
BAHAGIAN FARAID ISTERI HANYA 1/8 SAHAJA

Jika mempunyai anak.
Itu kalau 1 Isteri..kalu Dua dah jadi 1/16, 
Bertiga 1/24, Berempat 1/32!!! 

SKET ke BANYAK Portion tu??????
Kalau SAYANGKAN Pasangan Anda, buatlah HIBAH Takaful kerna andai kata sesuatu terjadi kepada Anda..
Pampasan kematian akan terus direct 100% dapat pada pasangan anda dengan mudah dan cepat TANPA melalui proses pentadbiran harta pusaka yg rumit & melecehkan serta TAK PERLU diFaraidkan..
Renung-renungkan!! ðŸ™„

Mohd Rofie: 013 388 5775

#Hibah
#HibahTakaful
#IslamicFinancialPlanning

Tuesday, 24 January 2017

Hakikat tentang PENAMA (Wasi) vs HIBAH


Assalamualaikum

Hakikat tentang PENAMA (Wasi) vs HIBAH..

Momokan tentang hibah dan aset dibekukan apabila berlaku kematian sering didengari..

Apa maksud aset dibekukan?

Aset dibekukan bermaksud aset tersebut tidak dapat dicairkan atau ditunaikan serta tidak boleh ditukarkan hak milik.
Jika rumah : tidak boleh jual.
Jika kereta : tidak boleh jual, tidak boleh perbaharui cukai jalan dan takaful.
Jika tunai di dalam akaun bank : tidak boleh dikeluarkan.

Ok. Sudah faham.

Cuma ada sedikit salah fakta.

1) Aset tunai yang mempunyai PENAMA
-KWSP
-Tabung Haji
-ASB ( jika belum dihibahkan )

Aset ini betul bila kita beritahu pada masyarakat bahawa aset dibekukan setelah pemilik meninggal dunia.

Cuma aset ini boleh ditunaikan tanpa melalui pihak Amanah Raya atau pentadbir harta pusaka.
Penama boleh mengeluarkan tunai tersebut secara berhubung terus kepada pihak tersebut.

Jika penama TIDAK disertakan atau penama sudah tiada (meninggal) dan tidak diperbaharui.
Waris perlu berhubung melalui Amanah Raya atau Pejabat Tanah/Pusaka kecil

2) Penama adalah pemegang amanah (wasi) BUKAN pemilik mutlak (hibah)
-KWSP
-Tabung Haji
-ASB (jika belum dihibahkan)
-Takaful (jika belum dihibahkan; bukan semua plan takaful ada hibah)

Kebanyakan yang saya jumpa secara 1 on 1 terkejut bila saya mengeluarkan fakta ini.
Lebih-lebih lagi apabila mereka membuat penamaan lebih daripada 1 atas dasar memudahkan pembahagian.
Dalam pengurusan harta pusaka secara islam.
Boleh saya katakan penamaan lebih daripada 1 dengan hajat untuk memudahkan pembahagian harta adalah sia-sia.
Penama hanyalah wakil untuk menerima tunai si mati.
Tanggungjawab penama adalah membayar hutang si mati dan mengagihkan baki harta tersebut kepada semua waris sama ada 'berdasarkan muafakat atau faraid'.

Perlu saya tekankan di sini.

"Penama BUKAN pemilik"
Walaupun cek atau tunai akan melalui akaun penama untuk ditunaikan.

3) Hibah dibuat untuk membayar hutang si mati.

Alamak.
Ini salah jugak ke?

Betul dan juga salah.

Kena faham konsep hibah dulu.
Hibah bermaksud hadiah atau pemberian kasih sayang.
Hibah diberikan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Penerima hibah mempunyai hak mutlak pada harta tersebut.
Jadi segala tindakan penerima hibah terhadap harta tersebut adalah di bawah kawalan penerima hibah.

Maka jika penerima hibah tidak mahu membayar hutang si mati sekalipun tidak menjadi kesalahan.

Tetapi dari segi tanggung jawab sebagai waris.(jika waris penerima hibah)
Waris bertanggung jawab untuk melangsaikan segala hutang piutang si mati.

Kita berbalik semula pada konsep Harta adalah amanah dan tanggung jawab.
Maka pastikan penerima hibah kita untuk diberikan didikan tentang amanah dan tanggung jawab ini.

Renung-renungkan..🤔

LIKE COMMENT SHARE jika bermanfaat😊